Friday, July 13, 2018

Mee Udang Kuala Sepetang

makanan ikon Kuala Sepetang, di Taiping tidak perlu lagi diperkenalkan lagi. Keenakan rasa dan saiz udangnya sudah banyak terpampang di dalam media, termasuklah media baharu.
Malah, kata kunci Kuala Sepetang di carian Google, akan menghubungkan pencari terus kepada mee udang yang begitu popular di sini.
Sebagai pengunjung yang baharu saja menjejaki tempat ini, pastinya rambang mata memilih gerai yang menepati selera masing-masing.
Nama-nama gerai lazimnya menggunakan nama panggilan mesra pengusaha, misalnya mak teh, mak jah, mak ngah dan sebagainya.Bilangan gerai menjual mee udang di sepanjang jalan menuju ke Kuala Sepetang memang banyak, tidak terkira jumlahnya. Kalau bukan mee udang, pasti di hujung-hujung nama gerai itu ada tertulis udang.
Namun gerai yang sering meniti di bibir penggemar makanan ini tentunya Mee Udang Mak Jah dan Mee UdangMak Teh. Kedua-duanya sudah mempunyai pelanggan tetap sendiri walaupun jarak di antara satu sama lain tidak begitu jauh.Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan perkampungan nelayan turut menjadi faktor mee udangdiangkat sebagai antara ‘menu wajib’ jika bertandang ke pekan kecil itu






Restoran Mee Rebus Ramli

Restoran mee rebus ramli merupakan sebuah kedai makan yang terkenal dikawasan sekirat Tambun Perak. Kedai makanan ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Kedai ini menyediakan masakan mee rebus sebagai menu utama mereka. Rasa kuah mee rebusnya yang cukup menyelerakan membuatkan para pengunjung kedai ini pasti datang lagi kesana. Kedai mee rebus ini terletak di kawasan Bercham Raya iaitu 5 minit dari kawasan pekan Tambun. Lokasi kedainya juga yang strategik memudahkan lagi kelancaran perniagaan mee rebus ini. selain daripada itu harga yang ditetapkan pula adalah berpatutan dan berbaloi. Kedai ini juga turut menyediakan menu yang lain antaranya mee kari, mee sup dan beberapa jenis menu makanan yang berkuah yang lain. Di restoren ini terdapat satu menu yang terbaru iaitu mee rebus bersama telur masin. Pemilihan menu ini dibuat kerana masyarakat malaysia terutamanya orang melayu  gemar memakan telur masin. Oleh itu pemilik menggunakan makanan kegemaran masyarakat melayu sebagai produk terbaru mereka. Sehingga kini kedai ini mempunyai beberapa buah cawangannya disekitar Ipoh.



Pulau Pangkor

Pulau pangkor merupakan salah satu pulau yang tercantik terdapat dalam negara ini. Pulau ini terletak di negeri Perak. Pulau ini mempuyai beberapa buah pulau yang kecil disekitarnya antaranya adalah teluk nipah. Air laut yang berwarna biru kehijauan serta pemandangan yang cukup sudah pasti menghadirkan rasa tenang kepada pengunjung yang datang kesini. Pelabagai aktiviti yang menarik yang bleh dilakuakan di sini antaranya adalah snorkeling, skuba, bermain banana boat. Pengalaman yang diperoleh disini sudah pasti tidak akan dapat dilupakan oleh setiap pengunjungnya. Pulau ini juga terkenal dengan aktiviti penangkapan ikan bilis dan juga ikan kering.



                                               aktiviti bermain banana boat                                           

antara produk ikan kering yang dipasarkan

peta kawsan sekitar yang terdapat di pulau pangkor


Masjid Ubudiah Kuala Kangsar





Masjid Ubudiah juga dikenali Masjid Iskandariah atau Masjid Diraja dianggap sebagai salah satu rumah ibadat orang Islam paling cantik di Malaysia.
Kubah emas dan menara masjid adalah bukti daripada keindahan seni bina Islam. Lebih tepat lagi, reka bentuk masjid berkenaan dipengaruhi seni bina 'saracenic' atau Islam-India.
Ia direka bentuk oleh AB Hubback, seorang arkitek kerajaan pada masa itu, manakala kerja pelaksanaan dipertanggungjawabkan kepada Caufield iaitu ketua jurutera negeri Perak.
sejarah dan asal usul Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran Istana Iskandariah, asalnya ia sebuah masjid yang dibangunkan kerana nazar.
Apabila Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28 yang memerintah dari tahun 1887 hingga 1916 mendapat rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, baginda ada bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda kembali pulih.
Sekembalinya ke Kuala Kangsar, baginda menitahkan Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur mereka pelan sebuah masjid yang hendak dibangunkan.

Bermula saat itu, pembinaan Masjid Ubudiah dimulakan sehinggalah tersergam sebuah binaan yang menakjubkan seperti hari ini.

Lost World Of Tambun


Lost World Of Tambun merupakan sebuah taman tema air yang pertama yang berkongsep alam semula jadi. Taman tema ini mula dibuka pada 11 November 2004. Tempat ini berkeluasan 40 ekar. Taman tema ini terletak di dalam kawasan Tambun dan ianya dimilik sepenuhnya oleh syarikat Sunway. Di dalam tempat ini menyajikan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga antaranya pantai mini, petting zoo, pelbagai permainan air. harga tiket untuk memasuki taman tema ini adalah berpatutan iaitu sebanyak RM 60 untuk dewasa dan RM 48 untuk kanak - kanak. Banyak kemudahan -  kemudahan yang terdapat di sekeliling taman tema ini antaranya adalah hotel milik Lost world sendiri, pusat membeli belah, kedai - kedai makan dan banyak lagi.


                                          petting zoo

                                             peta yang menunjukkan tempat - tempat
                                             yang menarik di taman tema ini

                                              antara permainan yang terdapat di dalam
                                              taman tema ini.

                                         pintu gerbang Lost World Of Tambun

kolam air panas yang terdapat di dalamnya

Thursday, July 12, 2018

Piala Muhibah

Piala Muhibah adalah satu kejohanan bola sepak secara tahunan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Kejohanan ini diwakili oleh anak - anak muda berusia diantara 9 tahun sehingga 12 tahun. Di dalam kejohanan ini setiap pasukan mestilah mewakilkan 7 orang pemain bangsa melayu, 2 orang bangsa indi atau cina dan 2 orang pemain yang berbangsa asli. Perkara ini merupakan syarat utama dalam kesebelasan utama. Sekiranya syarat ini gagal di patuhi, maka penyertaan sesebuah pasukan itu boleh disingkirkan. Kejohanan ini memberikan banyak kesan yang positif dikalangan anak muda diantarakannya dapat memupuk semangat berpasukan dan dapat memupuk cintakan rakan - rakan. Penganjuran ini amat digalakkan kerana kesan yang baik daripada penganjurannya.

Wednesday, July 11, 2018

kellie's castle



Kellie's Castle atau Istana Kellie's yang terletak di Batu Gajah, Perak telah dibina pada tahun 1905 milik seorang peladang Scotland yang bernama William Kellie Smith. Walaupun sudah berusia 107 tahun, istana lama ini masih kukuh berdiri di puncak bukit yang menghadap estet getah. Istana Kellie's ini dibina oleh tenaga buruh india termasuklah artisan yang dibawa khas dari India Selatan.

William Kellie Smith dilahirkan pada 1 Mac 1870 di Scotland. Dilahirkan dalam keluarga petani dan merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Pada 1 Mac 1890, sewaktu berumur 20 tahun, William telah datang merantau ke Malaya untuk menambah baik taraf kehidupannya. Beliau bermula dengan bekerja sebagai Jurutera awam dengan kontrak 2 tahun dengan kerajaan untuk membina laluan keretapi,malangnya projek itu terpaksa diberhentikan. Bagaimanapun, beliau telah bekerjasamadengan seorang kontraktor iaitu Charles Alma Baker untuk membuat projek membina jalan raya di Perak.Dari situ beliau telah menjadi seorang peladang dengan menanam kopi, dan mengusakan ladang getah.

Kellie Smith telah berkahwin dengan isterinya iaitu Agnes yang merupakan pewaris kepada perniagaan kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau dan bakal mewarisi dana sebanyak 300 000 pound. Kellie telah dikurniakan 2 orang anak iaitu, Helen dan Antony.Kellie telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan wang dan ideanya untuk memastikan rumah ini lain dari yang lain. Kellie berhasrat ingin meletakkan lif didalam istana tersebut agar menjadi lif yang pertama di Malaya ketika itu. Disamping itu juga, istana ini juga bilik khas untuk menyimpan arak, kain linen, dapur memasak dan kandang kuda. Selain itu juga, istana ini mempunyai ruang untuk bermain tenis di atas bumbung.

Istana ini bukan saha mendapat perhatian Malaya ketika itu, tetapi mendapat perhatian diluar negara hinggakan surat khabar The London Financier juga menulis tentang istana ini pada awal pembinaannya. Apa yang menarik tentang istana ini, istana ini dibina dengn mengambil kira cuaca Malaya yang panas. Walaupun kawasan luar panas dan terik, anda pasti berasa selasa jika berada dikawasan dalam istana ini kerana mempunyai ruang angin yang banyak.

Dengan kedudukan istana yang dibina di atas bukit dan juga kedudkan yang strategik, Kellie dan juga pengawal beliau telah bersiap sedia untuk melarikan liri jika berlaku apa-apa serangan orang tempatan terhadap beliau.

Bilik-bilik ahli keluarga Kellie mempunyai laluan rahsia didalam bilik mandi untuk membolehkan ahli keluarganya melarikan diri melalui tangga sempit ke tingkat bawah.Bukan itu sahaja, kawasan taman istana tersebut juga dibina beberapa laluan terowong bawah tanah rahsia yang boleh keluarga Kellie lari dari istana ke kuil berdekatan. 

Hajat Kellie ingin melihat istananya siap akhirnya tidak kesampaian. Istana ini akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunh ramai pekerja Kellie. 11 tahun selepas ia mula dibina, istana ini masih belum dapat disiapkan. Kellie tidak sempat merasai tinggal di istana tersebut kerana semasa perjalan beliau ke Lisbon, beliau telah meniggal duia kerana penyakit pneumonia




                                                 salah satu bahagian di dalam istana.

                                                   pemandangan daripada bumbung istana

                                                salah satu bilik yang terdapat didalam istana ini.

                                                      pemandangan di bahagian belakang istana kellie

                                                     kawasan di pintu masuk istana kellie

Tuesday, July 10, 2018

Cover Profile


Istana Jahar, Muzium Negeri Kelantan.

Istana Jahar merupakan sebuah Istana kebanggaan rakyat Kelantan sejak dari dahulu sehingga sekarang. Ianya masih tersergam indah di Bandraya Islam iaitu di Kota Bharu. Istana ini terletak berhampiran  dengan Istana Balai Besar. Ia juga antara istana-istana  menarik yang terdapat di Kota Bharu.
Istana ini mula dibina semasa pemerintahan Long Senik Mulut Merah atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad II (1837 – 1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar. Sultan Muhammad II membina istana ini adalah untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara.


Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan.  Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang.  Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara.  Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.

Halaman hadapan Muzium Istana Jahar

Corak bumbung muzium ini  bermotifkan sisik naga

Ukiran kayu di bahagian atap

Sampan yang menjadi penganggkutan Sultan pada dahulu kala

Corak di bahagian dinding istana

Sunday, July 8, 2018

Movie Animation Park Studio ( MAPS )



Movie Animation Park Studio adalah taman tema animasi yang pertama yang terdapat di dalam negara malaysia. Taman Tema ini terletak di Ipoh Perak dan ianya terletak berhampiran dengan stesen bas Amanjaya. Taman tema ini mula beroperasi pada pertengahan tahun 2017. Taman tema ini menyajikan pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan untuk setiap lapisan masyarakat. Selain itu juga taman tema ini juga menyajikan video animasi kegemaran kanak - kanak pada hari ini iaitu Boboiboy dan ia juga menyajikan aksi - aksi yang lasak dalam sukan permotoran bagi golongan dewasa. pelbagai lagi keseronokkan dan kemudahan yang anda boleh dapat di tempat ini. Tidak rugi anda datang ke tempat ini bersama keluarga mahupun rakan - rakan. Gambar di atas menunjukkan bolgger telah pun berkunjung di tempat ini dan jelas menunjukkan tempat ini memang menyeronokkan.

Blogger bersama dengan pemain hoki kebangsaan


Pemilik Blogger : Ahmad Khalid Bin Abdul Wahab ( 257265 )
Bioadata Diri : berusia 24 tahun, masih lagi bujang, telah pun bekerja di sektor kerajaan
Tahap Pendidikan : SPM ( 2011 ), STPM ( 2013 ), Ijazah Sarjana Muda dalam kos Pengurusan Awam, UUM ( 2017- kini)

Mee Udang Kuala Sepetang

makanan ikon Kuala Sepetang, di Taiping tidak perlu lagi diperkenalkan lagi. Keenakan rasa dan saiz udangnya sudah banyak terpampang di dal...