Tuesday, July 10, 2018

Istana Jahar, Muzium Negeri Kelantan.

Istana Jahar merupakan sebuah Istana kebanggaan rakyat Kelantan sejak dari dahulu sehingga sekarang. Ianya masih tersergam indah di Bandraya Islam iaitu di Kota Bharu. Istana ini terletak berhampiran  dengan Istana Balai Besar. Ia juga antara istana-istana  menarik yang terdapat di Kota Bharu.
Istana ini mula dibina semasa pemerintahan Long Senik Mulut Merah atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad II (1837 – 1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar. Sultan Muhammad II membina istana ini adalah untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara.


Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan.  Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang.  Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara.  Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.

Halaman hadapan Muzium Istana Jahar

Corak bumbung muzium ini  bermotifkan sisik naga

Ukiran kayu di bahagian atap

Sampan yang menjadi penganggkutan Sultan pada dahulu kala

Corak di bahagian dinding istana

No comments:

Post a Comment

Mee Udang Kuala Sepetang

makanan ikon Kuala Sepetang, di Taiping tidak perlu lagi diperkenalkan lagi. Keenakan rasa dan saiz udangnya sudah banyak terpampang di dal...