Restoran mee rebus ramli merupakan sebuah kedai makan yang terkenal dikawasan sekirat Tambun Perak. Kedai makanan ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Kedai ini menyediakan masakan mee rebus sebagai menu utama mereka. Rasa kuah mee rebusnya yang cukup menyelerakan membuatkan para pengunjung kedai ini pasti datang lagi kesana. Kedai mee rebus ini terletak di kawasan Bercham Raya iaitu 5 minit dari kawasan pekan Tambun. Lokasi kedainya juga yang strategik memudahkan lagi kelancaran perniagaan mee rebus ini. selain daripada itu harga yang ditetapkan pula adalah berpatutan dan berbaloi. Kedai ini juga turut menyediakan menu yang lain antaranya mee kari, mee sup dan beberapa jenis menu makanan yang berkuah yang lain. Di restoren ini terdapat satu menu yang terbaru iaitu mee rebus bersama telur masin. Pemilihan menu ini dibuat kerana masyarakat malaysia terutamanya orang melayu gemar memakan telur masin. Oleh itu pemilik menggunakan makanan kegemaran masyarakat melayu sebagai produk terbaru mereka. Sehingga kini kedai ini mempunyai beberapa buah cawangannya disekitar Ipoh.
No comments:
Post a Comment